Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

Cabaran Membaca Al-Waqiah Selama 40 Hari Berturut-turut

Alhamdulillah, Allah telah kurniakan rezeki ilham ini untuk aku cuba amalkan membaca surah Al-Waqiah selama 40 hari berturut-turut. Cabaran ini ditulis bukanlah sebagai hebahan yang aku ni baik, tetapi tulisan ini didokumentasikan bagi memberi semangat kepada aku untuk meneruskan cabaran ini sehingga selesai. Ini strategi aku. Aku akan cuba mulakan dengan target yang rendah dahulu iaitu memastikan bacaan aku selesai secara 3 hari berturut-turut. Selepas itu akan dinaikkan ke 7 , 14, 21 dan begitulah seterusnya hingga ke 40 hari berturut-turut. Jika aku terlepas baca 1 hari, aku harus mengulanginya semula dari perkiraan kosong. Ya ini akan menjadikan aku disiplin dan semestinya menjadi Al-Waqiah adalah surah wajib dibaca oleh aku pada setiap hari. Aku berdoa supaya aku tak lupa membaca dan bacaan ini hanyalah semata-mata rasa syukur kepada Allah s.w.t di atas segala nikmat dan pemberianNya. Jom jika anda nak sertai aku untuk buat cabaran ini pada diri sendiri. Rasai betapa Al-Qur...

Upgrade Diri Dan Repair Website

Trafik tahun 2013 Perghhh hari ni gila punya letih. Membawa daripada pagi sampai ke pagi. Aku update website punya teknikal. Bagi laju google speed web (aku upah developer luar) sebab lebih murah. Aku test punyalah poor performance web aku. Trafik ada tapi kurang convert. Mesti ada something wrong. Keyword yang masuk bukan calang-calang. Tapi kurang feedback. Wasap dan pertanyaan kurang. Mungkin kena letak firecode dan track balik trafik yang masuk. Haiahh hari ni sehari suntuk cakap pasal technical. Jangan sampai masuk mimpi sudah. Kedudukan Alexa Rank  Google Speed Web Tadi petang aku makan telur puyuh dan beberapa jenis cucuk-cucuk dekat stadium darulaman. Aku memang ada sejarah sebelum ni, makan kat situ dan kebaboom cirit-birit. Ditakdirkan hari ini aku terkena lagi sakit perut dan senak. Aku syak makanan kat situ punya angkara, mungkin sos dia atau kebersihan makanan tu sendiri. Salah aku juga, makan benda-benda yang macam ni bukannya bagus pun dan kena tan...

Menjadi Uber Driver Alor Setar

Uber Alor Setar Alhamdulillah aku mencuba satu lagi perkara baru dalam hidup, menjadi driver bagi perkhidmatan e-hailing UBER Alor Setar. Aku ada masalah untuk selesaikan loan kereta dan dah agak berbulan tertunggak. Sedih bukan, hehe. Jadi aku rasakan memandu dengan Uber ni sedikit sebanyak dapat menampung keperluan harian seperti petrol dan makan. Untuk permulaan aku rasakan ini ok, tidak ganggu duit sale yang lain. Lagipun aku buat Uber hanya part time, lepas hantar anak ke taska baru aku on Uber dalam 2 -4 jam  sehari. Aku dah cuba buat dalam tiga hari, alhamdullillah rezeki ada masuk sebanyak RM39.56. Ini dibuat secara part time, ada kawan-kawan yang lain depa punya kayuh dari 7 pagi hingga 7 malam dan Insha Allah boleh dapat 9-10 trip sehari. Paling penting dalam buat Uber di Alor Setar ni hang kena sabar tunggu job ping masuk. Lepas dah pick-up client, berikan depa layanan terbaik seperti tanya khabar bila depa nak masuk kereta, mulakan perbualan ringkas seperti soal...