Upgrade Diri Dan Repair Website

Trafik tahun 2013


Perghhh hari ni gila punya letih. Membawa daripada pagi sampai ke pagi. Aku update website punya teknikal. Bagi laju google speed web (aku upah developer luar) sebab lebih murah. Aku test punyalah poor performance web aku. Trafik ada tapi kurang convert. Mesti ada something wrong. Keyword yang masuk bukan calang-calang. Tapi kurang feedback. Wasap dan pertanyaan kurang. Mungkin kena letak firecode dan track balik trafik yang masuk. Haiahh hari ni sehari suntuk cakap pasal technical. Jangan sampai masuk mimpi sudah.

Kedudukan Alexa Rank 

Google Speed Web


Tadi petang aku makan telur puyuh dan beberapa jenis cucuk-cucuk dekat stadium darulaman. Aku memang ada sejarah sebelum ni, makan kat situ dan kebaboom cirit-birit. Ditakdirkan hari ini aku terkena lagi sakit perut dan senak. Aku syak makanan kat situ punya angkara, mungkin sos dia atau kebersihan makanan tu sendiri. Salah aku juga, makan benda-benda yang macam ni bukannya bagus pun dan kena tanggung la bila dah sakit. Alhamdulillah aku ambil pil che ke taun (betul ke eja ? ) dua sachet dan makin kurang senak. Kalau tak ok esok, mungkin kena check di klinik. Harap-harap ok la.

Travel

Di Stadium Real Madrid Spain

Di Stadium Old Traford

Aku punya gian nak travel jangan cerita la. Kawan-kawan ramai yang bercuti, aku tumpang seronok. Aku nak bercuti masih belum dibolehkan, hutang banyak bang, nanti bercuti orang mengata. Cuti boleh, bayar hutang tak habih-habih. Ok aku banyak berhutang. Hutang bank dan individu. Hutang-hutang ni terhasil ketika aku run bisnes aku sekitar 2014-2016. Ada dekat 90k la jugak kalau dicampurkan. Banyak kan ?

Rakan-rakan

Ya, waktu kau ada duit dulu memang ada kawan-kawan yang melekat. Dibawanya aku ke Penang, mai rumah setiap lunch dan bila aku call depa akan ajak mai lepak ofis. Tapi sekarang, sudah berubah bang. Aku call nak tanya habaq, depa kata satgi nak call balik. Last-last memang lesap macam tu saja. Sekarang masa aku susah, masa aku miskin. Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa ada. Kong, Hata, Nabil dan beberapa individu lain yang sentiasa tak pernah tinggalkan aku. Kepada isteri tercinta, terima kasih kerana bersabar dengan masalah kewangan diri ini. Sayang, banyak awak berkorban. Ada masa aku tak cukup nak beli susu anak, wife aku dahulukan duit dia. Allah, semoga wife aku diberikan pahala berterusan sehingga kiamat.

Masa ni juga aku dituntut bayaran pampasan oleh ex majikan. Kawan aku tu. Sahabat, terima kasih aku ucapkan. Hutang-hutang hang akan aku selesaikan. Kemudian, jaga diri dan semoga lebih berjaya.

Kaya, Berjaya dan Bebas Hutang

Hanya ini yang aku nak sekarang. Masalah-masalah kecik ni kita akan cari jalan untuk selesaikan. Bebas hutang, kaya dan BERKUASA, ini adalah masa depan!


p/s : btw menulis dengan platform blogger ni tak stress sangat. Tak perlu risau nak bayar hosting dengan domain tahun depan.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Buku Pilihan Akan Datang

Selamat Jalan Myvi Silver