Menjadi Uber Driver Alor Setar

Uber Alor Setar


Alhamdulillah aku mencuba satu lagi perkara baru dalam hidup, menjadi driver bagi perkhidmatan e-hailing UBER Alor Setar. Aku ada masalah untuk selesaikan loan kereta dan dah agak berbulan tertunggak. Sedih bukan, hehe.

Jadi aku rasakan memandu dengan Uber ni sedikit sebanyak dapat menampung keperluan harian seperti petrol dan makan. Untuk permulaan aku rasakan ini ok, tidak ganggu duit sale yang lain. Lagipun aku buat Uber hanya part time, lepas hantar anak ke taska baru aku on Uber dalam 2 -4 jam  sehari. Aku dah cuba buat dalam tiga hari, alhamdullillah rezeki ada masuk sebanyak RM39.56. Ini dibuat secara part time, ada kawan-kawan yang lain depa punya kayuh dari 7 pagi hingga 7 malam dan Insha Allah boleh dapat 9-10 trip sehari. Paling penting dalam buat Uber di Alor Setar ni hang kena sabar tunggu job ping masuk. Lepas dah pick-up client, berikan depa layanan terbaik seperti tanya khabar bila depa nak masuk kereta, mulakan perbualan ringkas seperti soalan

'ok dak aircond ni, sejuk atau panas?
'nak dengar radio yang mana ya? tuan/cik boleh pilih.

dan ini tips yang aku belajar daripada beberapa pengalaman penerbangan sebelum ni, bagitau penumpang waktu jangkaan sampai ke lokasi. Bagi dia tau berapa lama masa dan jarak untuk sampai, Insha Allah penumpang akan rasa seronok. Tak rugi bagi servis tip top walaupun ada kadar tambang RM1-RM2, Insya Allah rezeki kita Tuhan akan balas dengan yang lebih baik.

Tips lain

- Pastikan kereta bersih dan tidak berbau supaya penumpang selesa.
- Isi minyak dengan betul, penumpang tak suka kita berhenti di pump station sebab melambatkan perjalanan.
- Jangan terlalu ramah, tengok keadaan siapa penumpang kita. Jika dia jenis peramah dan rancak bersembang, kita ikut flow dan jangan over menyembang. Be profesional.
- Jangan masukkan isu sensitif dalam perbualan seperti isu agama, perkauman atau politik. Elakkan.
Pernah naik kapal terbang dan kapten bagi ceramah politik ?
- Pastikan penumpang berasa selesa dan selamat. Ini antara visi utama e-hailing.
- Jangan cuba ganggu privasi mereka. Hormati kehendak dan kemahuan penumpang.


Nanti ada tips aku tambah lagi. Doakan aku selesaikan hutang-hutang sebelum umur 35 tahun. Tolong ya doakan aku.

Oh ya jika hang nak cuba buat uber di alor setar, boleh whatsapp ke 01126717116. Insha Allah aku cuba register.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Buku Pilihan Akan Datang

Selamat Jalan Myvi Silver