Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

Selamat Jalan Myvi Silver

Antara perkara yang agak sedih berlaku dalam hidup. Aku terpaksa lepaskan kereta pertama aku. Kereta yang aku beli dengan susah payahnya. Hanya lima tahun bertahan. Aku dah tak terdaya nak bayar ansurans bulanan. Komitmen terlalu tinggi dengan hutang keliling pinggang. Menutup tahun 2017 yang penuh cabaran dan dugaan. Lepas balik dari Ipoh, kepala aku agak berat dan tegang. Aku ingatkan biasa sebab mungkin letih drive jauh. (jauh la sangat ipoh-alor setar). Bila nak mandi, terasa badan terhuyung-hayang, nak rebah barangkali. Rasa tak sedap badan, aku ajak wife untuk ke klinik Dr Wan (Poliklinik Pakar Utara). Dr. seperti biasa mengambil bacaan BP aku dan keputusan agak memeranjatkan, 140/90. Dr. cakap ni bacaan atas urat. Maksud dia kalau lebih tinggi mungkin kena rujuk hospital (minta simpang jauh-jauh). Umur baru 30-an, tapi mungkin dengan tekanan dan terlalu memikirkan hutang, aku ada hypertension. Allahu. Aku dah mula kembali bersenam dan jaga pemakanan. Ini mungkin amaran s...

Diri Diuji - Alhamdulillah

Manusia apabila ditimpa ujian dan dugaan, barulah hati kembali kepada Tuhan. Ini lumrah dan fitrah seorang manusia, insan. Dikala diberi sedikit kelapangan, barangkali dia lupa untuk bersyukur kepada Maha Memberi. Kemungkinan pada hujung Disember 2017 ini aku akan serahkan semula kereta kepada pihak bank. Dah berbulan bayaran sudah tertangguh. Hutang-hutang lain juga makin tidak reda. Aku perlu lakukan langkah drastik, mengurangkan sejumlah besar hutang yang ada. Nasib baik wife tersayang punyai kereta yang sudah langsai bayaran bank, sedikit lega untuk keluarga kecil kami gunakan bagi menumpang teduh hujan dan panas. Alhamdulillah ujian ini memberi kelegaan pada hati. Walaupun kehilangan kereta kesayangan, namun ketenangan jiwa untuk bangkit semula itu ada. Jiwa ini tidak pudar, sentiasa berapi-api untuk kembalikan apa yang telah hilang. Bisnes sudah mula makin baik. Aku berdoa dimurahkan rezeki yang melimpah-limpah semoga segala hutang diselesaikan sebelum aku berusia 35 tahu...