Skip to main content

Cabaran Membaca Al-Waqiah Selama 40 Hari Berturut-turut




Alhamdulillah, Allah telah kurniakan rezeki ilham ini untuk aku cuba amalkan membaca surah Al-Waqiah selama 40 hari berturut-turut. Cabaran ini ditulis bukanlah sebagai hebahan yang aku ni baik, tetapi tulisan ini didokumentasikan bagi memberi semangat kepada aku untuk meneruskan cabaran ini sehingga selesai.

Ini strategi aku. Aku akan cuba mulakan dengan target yang rendah dahulu iaitu memastikan bacaan aku selesai secara 3 hari berturut-turut. Selepas itu akan dinaikkan ke 7 , 14, 21 dan begitulah seterusnya hingga ke 40 hari berturut-turut. Jika aku terlepas baca 1 hari, aku harus mengulanginya semula dari perkiraan kosong. Ya ini akan menjadikan aku disiplin dan semestinya menjadi Al-Waqiah adalah surah wajib dibaca oleh aku pada setiap hari. Aku berdoa supaya aku tak lupa membaca dan bacaan ini hanyalah semata-mata rasa syukur kepada Allah s.w.t di atas segala nikmat dan pemberianNya.

Jom jika anda nak sertai aku untuk buat cabaran ini pada diri sendiri. Rasai betapa Al-Quran adalah mukjizat yang sangat hebat untuk kita. Doakan aku supaya dapat melakukan cabaran ini dengan tenang dan diberkati Allah. Rujuk video untuk pencerahan yang lebih.

Comments

Popular posts from this blog

Alhamdulillah hari ni aku dapat install theme baru untuk ecommerce store aku. Theme yang lama agak suram dan kurang 'stim' untuk prospek membeli. InsyaAllah dengan penambahbaikkan ini akan buatkan store ni lebih mengancam dan power. Laburjiii..
 

Al-Waqiah Pertolongan Allah Itu Benar

Pernah selalu kita dengar,apabila membaca surah al-waqiah Allah akan cukupkan rezeki kita pada hari itu. Hari ni aku menerima pelajaran tunai langsung dari Allah. Selepas membaca surah ini,dalam lebih kurang sejam ada kiriman nasi goreng dihantar ke rumah aku. Ya memang aku belum makan tenghari lagi. Aku mengasuh baby Iskandar. Memang benarlah rezeki itu bukan hanya wang ringgit. Urusan dipermudahkan juga adalah rezeki yang diaturkan Allah.