Posts

Hari Pertama

 Lokasi sekitar Peremba Day 1 : 5km Done Baki 95km

Cabaran Berjalan 100km sebulan

Image
Aktitivi ini akan bermula pada Jan 2022. Tarikh mula : 24 Jan 2022 Tarikh Menilai : 24 Feb 2022 Berat Mula : 95.1kg Obese Class 2 Semoga Allah permudahkan.

Al-Waqiah Pertolongan Allah Itu Benar

Pernah selalu kita dengar,apabila membaca surah al-waqiah Allah akan cukupkan rezeki kita pada hari itu. Hari ni aku menerima pelajaran tunai langsung dari Allah. Selepas membaca surah ini,dalam lebih kurang sejam ada kiriman nasi goreng dihantar ke rumah aku. Ya memang aku belum makan tenghari lagi. Aku mengasuh baby Iskandar. Memang benarlah rezeki itu bukan hanya wang ringgit. Urusan dipermudahkan juga adalah rezeki yang diaturkan Allah.
Alhamdulillah hari ni aku dapat install theme baru untuk ecommerce store aku. Theme yang lama agak suram dan kurang 'stim' untuk prospek membeli. InsyaAllah dengan penambahbaikkan ini akan buatkan store ni lebih mengancam dan power. Laburjiii..

Senarai Buku Pilihan Akan Datang

Image
Memandangkan aku tak mahu terlupa dengan beberapa judul buku yang best, nah aku simpan di sini supaya nanti aku beli kesemua buku yang ada. Isinya banyak berkisar tentang sedekah dan keajaibannya. 1. 7 Kode Rahasia Al-Fatihah (By DR. H. Miftahur Rahman, M.A) Buy ebook : RM11.69 2. Rahasia & Strategi Ajaib Miliarder Sedekah - Keajaiban Finansial (By Erwin Suryanto) Buy ebook : RM13.00 3. Membongkar Rahasia Magnet Rezeki Ilahi (By Ust. DR. Miftahur Rahman El-) Buy ebook : RM11.93 (akan ditambah dari masa ke semasa)

Selamat Jalan Myvi Silver

Image
Antara perkara yang agak sedih berlaku dalam hidup. Aku terpaksa lepaskan kereta pertama aku. Kereta yang aku beli dengan susah payahnya. Hanya lima tahun bertahan. Aku dah tak terdaya nak bayar ansurans bulanan. Komitmen terlalu tinggi dengan hutang keliling pinggang. Menutup tahun 2017 yang penuh cabaran dan dugaan. Lepas balik dari Ipoh, kepala aku agak berat dan tegang. Aku ingatkan biasa sebab mungkin letih drive jauh. (jauh la sangat ipoh-alor setar). Bila nak mandi, terasa badan terhuyung-hayang, nak rebah barangkali. Rasa tak sedap badan, aku ajak wife untuk ke klinik Dr Wan (Poliklinik Pakar Utara). Dr. seperti biasa mengambil bacaan BP aku dan keputusan agak memeranjatkan, 140/90. Dr. cakap ni bacaan atas urat. Maksud dia kalau lebih tinggi mungkin kena rujuk hospital (minta simpang jauh-jauh). Umur baru 30-an, tapi mungkin dengan tekanan dan terlalu memikirkan hutang, aku ada hypertension. Allahu. Aku dah mula kembali bersenam dan jaga pemakanan. Ini mungkin amaran s