Skip to main content

Posts

Sejarah Hidup Dalam Berniaga

Seingat aku sekitar tahun 2007 aku mula diperkenalkan tentang dunia internet. Aku ingat lagi kawan aku Wanja, menjual koleksi kerawang di internet. Pada zaman itu belum ramai yang menceburi bisnes online seperti hari ini. Tiada Insta, FB dan lain-lain web yang boleh peniaga gunakan untuk menjual atau memperkenalkan produk masing-masing. Wangcyber.com , satu forum legend dimana kebanyakkan sifu-sifu online yang anda kenal hari ini, kebanyakkan bermula di sana. Jamal Sifu Fb Ads, guru saya yang mulia Tuan Faisal Abdullah dan kebanyakkan owner-owner produk yang meletop pada hari ini (Hafiz Wasa Mesotropin dan lain-lain) banyak berlegar-legar di forum ini suatu masa dulu. Memang tempak kami melepak di alam maya di forum-forum dan apabila facebook mula datang, forum hanya tinggal kenangan. Cara menjual juga dah berubah mengikut zaman. Untuk teruskan hidup, kita sebagai peniaga perlu mengikut arus,jangan kau nak melawan sangat. Ok untuk aku pula, web jualan sejak 3 tahun lepas ada ba...

Kembali Menulis

Apa habaq papan kekunci dan mouse? Dah lama aku tak menulis untuk ruangan peribadi. Terlalu banyak aku khayalkan tentang penulis. Aku berangan untuk menulis blog personal. Dah banyak domain aku beli tapi akhirnya hancur lebur, tak diupdate secara tersusun. Kos hosting terpaksa aku tanggung tanpa ada apa-apa pulangan. Rugi weh bayar $9.95 sebulan. Kiralah dalam ringgit dah berapa. Tiap bulan bayar. Aduhai, terlalu pemurah. Sekarang aku berfikir, blog percuma ini aku cuba bangunkan tanpa ada kos tambahan. Yelah, guna blogspot apa kelas kalau nak dibandingkan dengan .com , domain kawalan sendiri. Tapi hey, ukurlah baju di badan sendiri. Kalau ini alternatif yang baik untuk personal blog, apa salah kalau mencuba bukan ? Kalau tak sempat update, tak perlu bayar apa-apa. Biarkan saja. Hosting juga tak perlu pening kepala, semua google sediakan. Sayang hang google...hehe Untuk blog ni aku cuba update apa aktiviti harian aku yang dirasakan menarik untuk aku kongsi. Kalau setakat aku p maka...