Skip to main content

Kembali Menulis

Apa habaq papan kekunci dan mouse? Dah lama aku tak menulis untuk ruangan peribadi. Terlalu banyak aku khayalkan tentang penulis. Aku berangan untuk menulis blog personal. Dah banyak domain aku beli tapi akhirnya hancur lebur, tak diupdate secara tersusun. Kos hosting terpaksa aku tanggung tanpa ada apa-apa pulangan. Rugi weh bayar $9.95 sebulan. Kiralah dalam ringgit dah berapa. Tiap bulan bayar. Aduhai, terlalu pemurah.

Sekarang aku berfikir, blog percuma ini aku cuba bangunkan tanpa ada kos tambahan. Yelah, guna blogspot apa kelas kalau nak dibandingkan dengan .com , domain kawalan sendiri. Tapi hey, ukurlah baju di badan sendiri. Kalau ini alternatif yang baik untuk personal blog, apa salah kalau mencuba bukan ? Kalau tak sempat update, tak perlu bayar apa-apa. Biarkan saja. Hosting juga tak perlu pening kepala, semua google sediakan. Sayang hang google...hehe

Untuk blog ni aku cuba update apa aktiviti harian aku yang dirasakan menarik untuk aku kongsi. Kalau setakat aku p makan kfc tu tak payah la nak kongsi, lagipun rasa KFC sekarang dah tak sedap macam dulu terutama ayam spicy dia. Rasa tak pedas dan tepung tak rangup macam dulu-dulu sezaman kanak-kanak. Tapi yang ayam original ok la, masih maintain lagi. Aku sekarang dah kahwin dan dah dikurniakan seorang anak, Alhamdulillah rezeki aku mudah untuk timang cahaya mata. Lepas akad nikah dalam beberapa bulan wife aku dah pregnant. Jadi waktu hari persandingan kami, wife aku mengandung 4 bulan. Jadi kami naik pelamin bertiga, indah bukan?

Aku sangat meminati travel dan makanan. Alhamdulillah aku dah sampai ke Eropah pada 2015 yang lalu bersama kawan-kawan aku. Cerita ni kalau rajin aku karang bebaik untuk hampa baca. Banyak benda nak kena ingat tentang travel tu. Maklumlah dah 2 tahun lepas aku kesana. Harap-harap aku masih ingat lagi la. Aku belanja gambar-gambar dulu dekat hampa ye.

Tower Bridge London

Big Ben London 
Madame Tussaud Amsterdam





Berhampiran Eiffel Tower (rakan travel) Aiman,Uzair, Aku lupa nama hang oi, Sufi

Comments

Popular posts from this blog

Alhamdulillah hari ni aku dapat install theme baru untuk ecommerce store aku. Theme yang lama agak suram dan kurang 'stim' untuk prospek membeli. InsyaAllah dengan penambahbaikkan ini akan buatkan store ni lebih mengancam dan power. Laburjiii..
 

Al-Waqiah Pertolongan Allah Itu Benar

Pernah selalu kita dengar,apabila membaca surah al-waqiah Allah akan cukupkan rezeki kita pada hari itu. Hari ni aku menerima pelajaran tunai langsung dari Allah. Selepas membaca surah ini,dalam lebih kurang sejam ada kiriman nasi goreng dihantar ke rumah aku. Ya memang aku belum makan tenghari lagi. Aku mengasuh baby Iskandar. Memang benarlah rezeki itu bukan hanya wang ringgit. Urusan dipermudahkan juga adalah rezeki yang diaturkan Allah.