Skip to main content

Selamat Jalan Myvi Silver



Antara perkara yang agak sedih berlaku dalam hidup. Aku terpaksa lepaskan kereta pertama aku. Kereta yang aku beli dengan susah payahnya. Hanya lima tahun bertahan. Aku dah tak terdaya nak bayar ansurans bulanan. Komitmen terlalu tinggi dengan hutang keliling pinggang. Menutup tahun 2017 yang penuh cabaran dan dugaan.

Lepas balik dari Ipoh, kepala aku agak berat dan tegang. Aku ingatkan biasa sebab mungkin letih drive jauh. (jauh la sangat ipoh-alor setar). Bila nak mandi, terasa badan terhuyung-hayang, nak rebah barangkali. Rasa tak sedap badan, aku ajak wife untuk ke klinik Dr Wan (Poliklinik Pakar Utara). Dr. seperti biasa mengambil bacaan BP aku dan keputusan agak memeranjatkan, 140/90. Dr. cakap ni bacaan atas urat. Maksud dia kalau lebih tinggi mungkin kena rujuk hospital (minta simpang jauh-jauh). Umur baru 30-an, tapi mungkin dengan tekanan dan terlalu memikirkan hutang, aku ada hypertension. Allahu.

Aku dah mula kembali bersenam dan jaga pemakanan. Ini mungkin amaran supaya aku menjaga kepentingan kesihatan diri dan keluarga. Bila kita tak berapa sihat, keluarga kita akan risau. Puncanya kita tak mengawal pemakanan dan tak ubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat dan baik.

Semoga hari-hari mendatang lebih baik dari hari ini, Insha Allah. Semoga aku cepat sembuh dan kembali kurus seperti dulu.

Comments

Popular posts from this blog

Alhamdulillah hari ni aku dapat install theme baru untuk ecommerce store aku. Theme yang lama agak suram dan kurang 'stim' untuk prospek membeli. InsyaAllah dengan penambahbaikkan ini akan buatkan store ni lebih mengancam dan power. Laburjiii..
 

Al-Waqiah Pertolongan Allah Itu Benar

Pernah selalu kita dengar,apabila membaca surah al-waqiah Allah akan cukupkan rezeki kita pada hari itu. Hari ni aku menerima pelajaran tunai langsung dari Allah. Selepas membaca surah ini,dalam lebih kurang sejam ada kiriman nasi goreng dihantar ke rumah aku. Ya memang aku belum makan tenghari lagi. Aku mengasuh baby Iskandar. Memang benarlah rezeki itu bukan hanya wang ringgit. Urusan dipermudahkan juga adalah rezeki yang diaturkan Allah.