Alhamdulillah hari ni aku dapat install theme baru untuk ecommerce store aku. Theme yang lama agak suram dan kurang 'stim' untuk prospek membeli. InsyaAllah dengan penambahbaikkan ini akan buatkan store ni lebih mengancam dan power. Laburjiii..
Pernah selalu kita dengar,apabila membaca surah al-waqiah Allah akan cukupkan rezeki kita pada hari itu. Hari ni aku menerima pelajaran tunai langsung dari Allah. Selepas membaca surah ini,dalam lebih kurang sejam ada kiriman nasi goreng dihantar ke rumah aku. Ya memang aku belum makan tenghari lagi. Aku mengasuh baby Iskandar. Memang benarlah rezeki itu bukan hanya wang ringgit. Urusan dipermudahkan juga adalah rezeki yang diaturkan Allah.
Comments
Post a Comment