Diri Diuji - Alhamdulillah



Manusia apabila ditimpa ujian dan dugaan, barulah hati kembali kepada Tuhan. Ini lumrah dan fitrah seorang manusia, insan. Dikala diberi sedikit kelapangan, barangkali dia lupa untuk bersyukur kepada Maha Memberi.

Kemungkinan pada hujung Disember 2017 ini aku akan serahkan semula kereta kepada pihak bank. Dah berbulan bayaran sudah tertangguh. Hutang-hutang lain juga makin tidak reda. Aku perlu lakukan langkah drastik, mengurangkan sejumlah besar hutang yang ada. Nasib baik wife tersayang punyai kereta yang sudah langsai bayaran bank, sedikit lega untuk keluarga kecil kami gunakan bagi menumpang teduh hujan dan panas. Alhamdulillah ujian ini memberi kelegaan pada hati. Walaupun kehilangan kereta kesayangan, namun ketenangan jiwa untuk bangkit semula itu ada. Jiwa ini tidak pudar, sentiasa berapi-api untuk kembalikan apa yang telah hilang.

Bisnes sudah mula makin baik. Aku berdoa dimurahkan rezeki yang melimpah-limpah semoga segala hutang diselesaikan sebelum aku berusia 35 tahun. Aku ingin jalani kehidupan yang menggembirakan. Kehidupan yang tiada tekanan. Biarlah sederhana, asalkan keluarga aku selesa.

Jika anda yang membaca ini punyai masalah hutang, marilah sama-sama kita kongsikan amalan dan ikhtiar yang boleh kita buat. Jumlah hutang terkini saya hampir 90k. Doakanlah saya selesaikan secepat mungkin dan mudah bayar hutang.

Insha Allah saya akan update jumlah hutang yang telah dibayar dari semasa ke semasa. Mungkin saya akan sediakan reward jika saya berjaya buat bayaran bagi hutang yang dibayar.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Buku Pilihan Akan Datang

Selamat Jalan Myvi Silver